Live Traffic Map

Note

Reproduction of all quotes from this blog is welcomed provided that due credit is attributed to the author.

Friday, May 9, 2008

Komen di Chedet.com yang Tidak Tersiar

[Ini merupakan komen saya di laman web chedet.com di atas pos beliau pada 19 Mei 2008 yang lepas.]

Assalamu alaikum Tun Dr Mahathir Mohamad

Sesungguhnya langkah yang Tun ambil ini mungkin drastik jika dilihat ramai, namun bagi mereka yang mengkaji riwayat hidup Tun, langkah keluar daripada UMNO yang Tun lakukan ini tidaklah memeranjatkan (sekurang-kurangnya bagi saya).

Cuma yang saya ingin ulas ialah UMNO yang Tun tinggalkan ini bukanlah 'legacy' 62 tahun lampau, tetapi merupakan binaan Tun sendiri. UMNO yang menggagalkan Malayan Union itu telah berkubur apabila pendaftarannya dibatalkan lebih 20 tahun lalu.

Maka apa yang Tun tinggalkan merupakan 'legacy' Tun - yang baik DAN YANG BURUK.

Jika Tun berbicara tentang "...UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara...", maka saya tidak nampak apa bezanya dengan tempoh kepemimpinan Tun. Malah ada yang berpendapat Tun lebih licik menekan di dalam soal kebebasan bersuara!

Mengikut pemerhatian saya, ahli UMNO yang ada sekarang ini masih berpegang teguh kepada cogan kata UMNO, iaitu "BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT" terutamanya setelah diingatkan oleh rakyat pada 8 Mac 2008.

Walau apapun, saya berharap setelah Tun keluar daripada UMNO, Tun dapat menggembleng usaha menyatukan umat Islam, terutamanya Melayu Muslim Malaysia.

Terima kasih dan Wassalam.

No comments:

About Me

My photo
This blogger believes that time, of all things, is what wealth should be based upon and thus, death should be the best motivation for us to live life to the fullest.