Assalamu alaikum dan Salam Sejahtera
Rata2 tajuk perbincangan yang saya baca di media aliran perdana mahupun alternatif, masih berlingkar atas hal kenaikan minyak. Ramai yang mengutarakan pendapat, dan lebih ramai pula yang mendengar. Tidak kurang juga yang 'naik minyak' di atas kenaikan harga minyak petrol tanahair.
Sebenarnya, soalnya mudah. Kerajaan berasakan pemberian subsidi minyak sebelum ini adalah tidak adil kerana ia tidak khusus kepada golongan yang benar2 memerlukan. Sewaktu minyak berada di paras harga dunia USD30 setong, perkara ini mungkin tidak diambil pusing. Namun demikian, paras harga minyak dunia sudahpun meningkat kepada USD125 setong dan kini pemberian subsidi oleh kerajaan bukanlah lagi satu perkara yang realistik.
Ramai yang mengatakan sebaliknya Malaysia, sebagai negara pengeluar minyak ('net exporter country') sepatutnya lebih makmur dengan kenaikan harga petrol dunia. Maka disabitkan subsidi minyak ini patut diteruskan.
Isunya begini: Walaupun Malaysia sekarang merupakan pengeluar minyak, namun bekalan minyak negara Malaysia sudah mulai susut. Oleh yang demikian, penerusan pemberian subsidi walaupun boleh dilakukan, akan hanya boleh dibuat di dalam jangka masa yang pendek, yakni sekitar 15 tahun lagi. Pandangan jangka masa panjang yang lebih realistik adalah dengan menggunakan sumber negara dengan berhemah, dan menjana kembali perolehan minyak negara ke dalam industri2 yang berdaya mampu (seperti sumber tenaga kekal, bioteknologi dsb).
Kritikan sesetengah pihak terhadap kerajaan adalah mengapa perkara ini tidak diambil perhatian lebih awal? Maka jawapannya sepatutnya dijawab oleh kepimpinan sebelum ini, di bawah Tun Dr Mahathir bin Mohamad! Saya jauh sekali mahu menuding jari ke arah mana2 pihak; yang penting di sini adalah kita berfikir secara wajar dan tidak emosional kepada seseorang pemimpin.
Kenaikan harga minyak sekarang sebenarnya tidak boleh dibendung lagi. Penglibatan spekulator komoditi dan mata wang menyebabkan nilai Dolar AS merudum dan akibahnya meningkatkan harga petrol di pasaran dunia. Ini secara langsung disebabkan oleh urusniaga petroleum dunia yang dijalankan di dalam matawang Dolar AS.
Maka penilaian kepada kepimpinan sekarang haruslah objektif dan rasional. Penjimatan daripada subsidi petrol sedikit sebanyak dilaburkan semula kepada subsidi makanan dan kepada belanjawan negara yang sekarang ini harus ditumpukan kepada pembangunan kemudahan pengangkutan bas awam yang dahulunya dianaktirikan. Ini adalah sesuatu yang sukar dan tidak boleh diselesaikan di dalam satu dekad.
Jangan kerana nyamuk seekor, kelambu pula dibakar. Hina besi kerana karat, hina bangsa kerana berpecah.
2 comments:
Agak-agak duit Petronas bebanyak tu habih kat projek Mega TDM ke gamaknye?
Salam AAAA
Bila dah mentaliti subsidi tu dah tertanam dalam psyche seseorang, memang susah nak dibuang. Ni kira macam withdrawal symptom la ni...
Rasionalnya, hasil bumi tanah yang ditadbir Petronas tu bukan hanya milik kita, tapi jugak milik anak-anak dan cucu-cicit kita. Jadi yang komplen / demo / bloger nak pelahap mentekedarah bagi perabih subsidi tu aku sarankan BOLEHLAH BLAH.
Nampak duit subsidi je. Pikir dengan mulut, otak letak kat lutut. Pii dah.
Post a Comment