Live Traffic Map

Note

Reproduction of all quotes from this blog is welcomed provided that due credit is attributed to the author.

Friday, June 20, 2008

Di antara Kegelojohan ataupun 'Survival'

Sesungguhnya arena politik tanah air sekali lagi mendapat renjatan apabila sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) SAPP meluluskan resolusi untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang juga merupakan Pengerusi BN.

Walaupun desas-desus tentang perkembangan ini sudah awalnya digemburkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, namun yang lebih menjadi tanda tanya adalah motif sebenar di atas tindakan parti tersebut yang memenangi dua kerusi Parlimen di bawah pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee (DYTL) pada pilihanraya Mac lalu.

Ramai yang mengatakan bahawa motif di sebalik keputusan ini adalah kegelojohan DYTL di dalam merebut kuasa setelah dipinggirkan di dalam pemilihan calon pada pilihanraya yang lalu. Ini termasuklah Pak Lah serta beberapa pemimpin kanan BN. Ini dihangatkan pula dengan komen DYTL tentang wujudnya 'peluang' dan 'masa' yang tepat setelah dua kali bertemu dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun di sebalik semua ini, saya yakin faktor utama yang menjuruskan DYTL kepada keputusan ini adalah perkembangan kes mahkamah melibatkan tuduhan pecah amanah Tan Sri Kasitah Gadam yang mungkin turut menjerat DYTL setelah perihal Briskmark terungkai kelak.

Dengan status sebagai komponen picisan, perjudian politik ini sebenarnya bagi saya bukanlah di atas sifat tamak, namun lebih kepada sifat mahu terus hidup di dalam senario politik Sabah yang tidak menentu. Tidak dinafikan bahawa SAPP berpendirian sebegini demi kepentingan 'survival' mereka sendiri.

Di dalam politik yang kotor lagi mengotorkan ini, apakah ada pilihan lain untuk DYTL?

No comments:

About Me

My photo
This blogger believes that time, of all things, is what wealth should be based upon and thus, death should be the best motivation for us to live life to the fullest.