Assalamu alaikum dan Selamat Sejahtera semua
Saya yakin ramai yang mungkin tertanya2 setelah mendapat tahu tentang perkembangan di Jeddah, Arab Saudi tentang tindak balas negara berkenaan terhadap kemelut Petroleum dunia. Ada seperti sesuatu yang tidak jelas pada pandangan kasar terhadap langkah kerajaan Arab Saudi meningkatkan pengeluaran domestik kepada 9.7 juta tong sehari menjelang bulan Julai ini, di samping menyediakan hampir USD500 juta bagi tabung pinjaman mudah bagi membantu negara2 pengguna petroleum. Kekeliruan ini ditambah pula dengan reaksi songsang masyarakat dunia yang ditunjukkan dengan harga pasaran petroleum ketika ini.
Sebenarnya, elemen bekalan sahaja tidak cukup untuk menstabilkan harga pasaran. Terdapat elemen lain yang sama pentingnya iaitu elemen permintaan.
Buat masa ini, dunia masih lagi berada di dalam keadaaan panik setelah direnjat dengan teori Puncak Minyak. Inilah sebabnya mengapa tindakbalas peningkatan pengeluaran, khususnya daripada negara2 OPEC tampak kurang berkesan. Yang lebih ampuh adalah apabila permintaan dikurangkan, terutamanya daripada negara pengguna tenaga utama dunia iaitu Amerika Syarikat.
Mengapakah tiada tindakbalas jelas daripada negara ini? Mengapakah mereka tidak cuba meredakan kegawatan pasaran dengan mengurangkan permintaan atau mengeluarkan rizab simpanan mereka? Apakah mereka meraih apa2 keuntungan disebabkan oleh keadaan seperti sekarang? APAKAH TERDAPAT KONSPIRASI PETROLEUM YANG SEDANG BERLAKU?
Rizab petroleum Amerika Syarikat adalah besar sekali. Namun, disebabkan oleh penggunaan mereka yang juga besar, rizab yang sedia ada hanya dapat menampung kegunaan dalaman selama lebih kurang tiga tahun. Pengeluaran domestik mereka, terutamanya di negeri Texas dan Alaska, masih tidak mencukupi. Maka sepatutnya kenaikan harga petroleum dunia bakal mengundang padah buat negara ini.
Hakikatnya, hubungan akrab kerajaan Amerika Syarikat dengan kerajaan Arab Saudi di samping penggunaan Dolar AS sebagai matawang urus niaga petroleum merupakan antara faktor tebatan yang mengkaliskan ekonomi Amerika Syarikat daripada bahana ini.
Apakah peranan Iran di dalam konspirasi ini? Marilah kita sama2 menunggu sambungan drama bersiri 'Pencarian Emas Hitam AS' tidak beberapa lama lagi. Ini adalah bahagian terakhir trilogi Afghanistan. Iraq. Iran. Besar kemungkinan, trilogi baru akan muncul - Venezuela? Libya? Sudan?
No comments:
Post a Comment