Live Traffic Map

Note

Reproduction of all quotes from this blog is welcomed provided that due credit is attributed to the author.

Monday, May 13, 2013

What now for UMNO

Assalamu alaikum and good day dear readers

The recently concluded GE13 have shown the continued resilience of UMNO as the backbone of the ruling Barisan Nasional which was again successful in returning to power albeit with a reduced majority of 133 seats in the Parliament.  Standing as a marriage of convenience for the second election running, the Pakatan Rakyat managed to wrest 89 seats with DAP leading the final tally of 38 seats followed by PKR with 30 seats and PAS with 21.  Anything can happen in politics, they say, but for BN, the future seems to be written on the wall as far as its political relevance and longevity is concerned.

The achievement of the ruling coalition at the federal level underlines the downtrend of support for the Barisan Nasional which was unable to improve on its achievement in 2008 where they won 140 parliamentary seats.  This is the first time that the coalition was unable to garner a minimum of 60% of the seats in the Dewan Rakyat. This is also the lowest tally of popular votes for BN as its 47% beats the previous 49.3% it garnered as the then Alliance Party in 1969.

A more disturbing trend is the absence of UMNO major coalition partners from the Malaysian peninsula as GE13 has left UMNO's allies such as MCA, Gerakan and PPP devastated.  Whilst MIC has somewhat improved on its showing from 2008 (perhaps galvanised by its new president Datuk Seri G Palanivel and its new stalwarts such as P Kamalanathan), MCA which won 7 seats altogether lost all of its seats in Chinese-majority electorates.  This also marks its worst achievement ever in the general election. 

Gerakan which held the Penang Chief Ministership for almost four decades was wiped out altogether from Penang and has only P151 Simpang Renggam to show as its sole Parliamentary representative.  PPP, the smallest component in the Barisan Nasional fold, lost all the seats it contested.  

The seemingly hollow victory for BN now begs the question which many Malaysians will want to know, be it the electorates, the BN component parties, opposition pact, or the regular Malaysian Malay Muslim.  With the result of the PRU13 now all but done and dusted they will want to know what now for UMNO?

A reading from the general election shows what the BN Chairman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ('DSMNTR') termed as the 'Chinese Tsunami'.  The near complete rejection of Chinese BN representatives now leaves the Prime Minister with a lingering question on how his cabinet will look sans Chinese ministers via MCA.  More importantly, the issue on the future of the support of the Chinese electorate must be addressed even if the solution transcends race (which the tried and tested power-sharing formula of the BN is derived from).

Another reading from the election is the emerging pattern of the rural-urban divide which puts BN in a precarious position moving forward.  As it stands the power base of UMNO has consistently been the rural areas which are predominantly low-income Bumiputera electorates.  The challenge now is to expand the BN support into the territory of DAP and PKR of the Pakatan Rakyat in the mostly urban-mixed electorate in the states of Perak, Penang, Selangor and Federal Territory Kuala Lumpur.

Another important reading of the GE13 is in the continued debate of the 'Bumiputera Agenda' which has always been at the forefront of UMNO's struggles.  In order to push for its powerbase in the urban-mixed areas, UMNO will need to interpret its principles in a bigger, inclusive spectrum.  This fight for the rights of Malays and Bumiputeras should not be done whilst negating the rights of the Malays in Kelantan, or at the expense of its focus in the promise to assist MIC with its Indian social-reform agenda.

In order to lead his call for reform and reconciliation, DSMNTR will need to get assistance from strong characters as well as to entice new blood into the party.  The new addition will in turn need to be able to change the negative perceptions of the party as well as the existing habits that have been entrenched within the mammoth structure of UMNO and BN.

Just who are these 'change agents', how they are wooed into the BN and whether they are enough to aid the party at his time of need is anyone's guess.  One thing for sure is that the change agents must be throwbacks to the UMNO that was successful in its struggle for independence many, many years ago in that they are high in integrity as well as sincerity in helping UMNO and BN with its cause.

A long shot it may seem, but as they say again, anything can happen in politics.


Best regards and wasSalam
AAAA

Tuesday, April 16, 2013

Undilah Malaysia yang Berdaulat

Keadaan siasah di Malaysia kini menzahirkan sudut pandangan yang kurang manis dilihat.  ‘Pengkutuban kaum’ yang meminggirkan semangat muhibbah yang selama ini terjalin kini semakin jelas dan melambangkan wujud perasaan tidak yakin dan syak wasangka di antara kaum yang rata2 masih memberikan undi mereka berdasarkan bangsa dan agama. Dengan pengecualian di beberapa kawasan seperti di negeri Johor Darul Takzim serta di sekitar bandar2 besar, pembahagian undi yang ketara mengikut kaum ini mencerminkan tahap kematangan masyarakat kita.  Saya melahirkan kekhuatiran sekiranya kedaulatan negara bakal menjadi mangsa kepada jenama siasah ini yang kini diamalkan dengan rakus.

Kenyataan ini didasarkan kepada kecenderungan berkempen dengan ‘isu2 longkang’ dan menyentuh peribadi seseorang dan bukan kepada dasar2 yang diamalkan oleh kerajaan pemerintah. Masyarakat disajikan dengan tayangan2 dan paparan2 yang mengaibkan calon2 yang bertanding dan serangan ‘bawah tali pinggang’ yang mempersoalkan kewibawaan mereka.

Lebih buruk ialah kewujudan binatang siasah yang sentiasa bersedia menyalakan perasaan kebencian perkauman di kalangan kita. Golongan yang ‘menangguk di air yang keruh’ ini dilihat cuba memecah-belahkan rakyat dengan mengetengahkan hal2 ‘keadilan’ yang sebenarnya sudah sedia maklum terangkum di dalam fasal2 Perlembagaan Persekutuan.

Natijahnya, pertubuhan siasah yang bertanding turut mencongak pemilihan calon berasaskan kebolehmenangan calon di kawasan2 yang dikuasai oleh satu2 kaum dan bukan kepada empat ciri pemilihan pemimpin yang digariskan mengikut agama – kebenaran, amanah, kebolehpenyampaian dan kebijaksanaan.

Selain daripada itu, pemilihan mengikut kandungan kaum di sesuatu kawasan juga bermakna akan wujudlah ketidakadilan kepada kaum dengan jumlah kecil yang tidak menjadi tonggak di mana2 kawasan sekalipun!

Di DUN N59 Behrang sebagai contoh, perhitungan penyandang YB Jamaluddin Radzi (JR) untuk kekal sebagai ADUN dilihat sebagai satu risiko kepada Barisan Nasional yang pada PRU12 2008 sebelum ini meletakkan calon berbangsa India di situ. YB Dr Rosnah Kassim (RK), Ketua Wanita UMNO Perak dan ADUN N24 Hulu Kinta kini diletakkan sebagai calon bagi menentang JR yang dahulunya menang di atas bendera PKR.  Melihat percaturan ini YB Jamaluddin telahpun mengundur diri bagi memastikan tiada perpecahan undi berlaku.

Dengan perasaan wasangka yang ditanam sendiri oleh pertubuhan2 siasah ini, rakyat dilihat bertambah runsing di dalam membuat perhitungan. Wakil2 yang disuapkan ada di antaranya dibelenggu dengan awan tanda tanya daripada segi akhlak dan nilai. Perasaan tidak yakin dengan calon akan menjadikan rakyat itu tidak yakin secara mutlak dengan amalan pilihan raya dan mungkin sekaligus menyebabkan pengundi2 tidak keluar menjalankan hak mereka.

Kesan daripada ini yang turut dilihat ialah kepada kewujudan ‘kuasa ketiga’ yang menawarkan pilihan selain daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Walaupun kecil daripada segi sumber dan penglibatan mereka, kuasa ketiga ini berpeluang menjadi ‘pentabal kerajaan’ sekiranya pengundi memilih untuk memberi kuasa yang sama banyak kepada dua kuasa yang sedia ada. Bacaan ini berdasarkan kepada keputusan2 pilihan raya kecil sejak PRU12 2008 yang memberi keputusan seri kepada kedua2 pertubuhan ini.

Di DUN N25 Kajang misalnya, corak alir penduduk yang sebahagian besarnya berbangsa Cina tidak menghalang Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) untuk turut berkempen di kawasan tersebut. Ini bagi memberi pilihan kepada pengundi Islam yang jelak dengan percakaran di antara kedua2 pertubuhan utama iaitu DAP – PKR  dan MCA – Gerakan.


Apapun perasaan jelak ini dikongsi bersama oleh marhain berbilang bangsa.  Keadaan yang kita lihat ini mirip kepada apa yang berlaku di Itali di mana kejelakan pengundi negara itu diutarakan melalui pembuangan undi yang memihak kepada ‘Gerakan Lima Bintang’ pimpinan Giuseppe Piero Grillo yang bersifat mengumpan dengan hal2 yang menjadi tarikan besar pengundi.

Kedua2 pertubuhan utama iaitu BN dan PR turut mengambil kesempatan dengan menjadikan sumber ketiga ini sebagai calon. Di P108 Shah Alam misalnya, BN membawa masuk YB Datuk Zulkifli Nordin (DZN) sementara PR pula membawa hero 'Himpunan Hijau' Wong Tack (DAP) masuk bertanding di P89 Bentong.

Harapan saya sebagai seorang Muslim Melayu Malaysia yang matang dan dibekalkan akal serta panduan daripada Al Qur’an serta hadith dan amalan para pemikir Islam yang lampau ialah agar kita melihat dengan kaca mata yang jelas dan dengan pemikiran yang waras lagi bernas di dalam mengambil kira soal memilih calon yang bakal mewakili kita dan menjalankan amanah mentadbir negeri dan negara.  Inilah amanah kita bagi menjamin Malaysia sebagai negara yang kekal berdaulat!


Sekian dan WasSalam.
AAAA

Friday, April 5, 2013

GE2013: Let the Games Begin

AsSalamu alaikum and Good Day to all my loyal readers

The much-anticipated announcement has now been made - the dissolution of Parliament was televised and thus puts an end to a colourful chapter in the young history of the Malaysian democracy which saw the change of PM, the loss of five states by the ruling government, and the eventual recapture of one, and of course a twelve-round blow-for-blow by-election with interestingly a level outcome.  Therefore, it seems that no one can be faulted for making the assumption that the coming General Election will be the most if not one of the most anticipated of all.

Names of new faces are being circulated but currently the most enticing probable battles of them all involve heavyweights.  Already the talk on the prospect of one-on-one showdowns in parliamentay seats of Gelang Patah, Bagan Datoh, Gua Musang, Lembah Pantai and Kulim - Bandar Baru to name a few, are hotting up with LKS vs DAGO slated at the site of Iskandar Malaysia and DSAZH entertains the visit of former fellow UM-Alumni DSAI to his hometown.  At the time of writing DSAI had instead made up his mind to stick to his own hometown at Permatang Pauh.

More twists and turns are expected in this edition run-up to the polls but as a proud Malaysian Malay Muslim I hope that above all the GE2013 will be remembered for the good things instead of the bad.



Let the games begin!


Kind regards and WasSalam
AAAA

Thursday, March 14, 2013

Percaturan Laknat Terlindung Di Bumi Lahad Datu

AsSalamu alaikum para pembaca yang saya muliakan

Sudah lebih sebulan insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah berlalu dan sehingga kini korban langsung anggota Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dalam Ops Daulat yang bertujuan mematahkan ancaman pengganas upahan ini berjumlah sembilan orang.

Banyak keluarga di kawasan terlibat terutamanya di Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Labian dan Kampung Sungai Nyamuk terpaksa berpindah dan tentunya mereka tidak dapat menjalankan kehidupan dan mencari rezeki seperti lazim.

Di samping itu, banyak pihak juga telah mengutarakan 'teori konspirasi' masing2, terutamanya ahli2 politik yang cuba mempolitikkan isu ini secara jijik bagi mendapat tempat di hati rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja oleh Pengerusi Barisan Nasional selaku ketua kerajaan yang memerintah.

Terdapat juga 'perang siber' yang berlaku di antara rakyat Malaysia dan Filipina yang terganggu dengan isu panas ini.

Apa yang saya cuba timbulkan di sini ialah kesan buruk daripada anasir luar yang boleh menjahanamkan kesejahteraan dan seterusnya mensabotaj kemakmuran negara.  Sebagai seorang Muslim Melayu Malaysia, saya melahirkan rasa kesal atas peristiwa ini yang telah meragut nyawa bapa kepada anak dan suami kepada isteri.  Lebih dikesalkan apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan melalui tragedi ini, sama ada terbabit di dalam perancangannya ataupun tidak.  Perlakuan ini saya sifatkan sebagai percaturan laknat di bumi Lahad Datu oleh jemari Iblis yang terlindung.

Saya memohon ke hadrat AlLah swt agar kita semua dilindungi di bawah lembayung ar Rahman dan ar RahimNya dan semoga dugaan ini dapat segera berlalu.  Amat sedih apabila melihat imej perajurit kita yang gugur melalui laman2 sesawang sehingga membuak2 perasaan tekad ingin melihat keadilan ditegakkan di bumi Lahad Datu.

Kepada sang celupar yang cuba mengecil2kan insiden di Sabah serta peranan perajurit dan wira polis kita di sana, ingin saya beri amaran bahawa perlakuan ini hatta dengan apa niat sekalipun, tidak sekali2 boleh diterima dan bakal membawa padah kepada pelaku tersebut, bak kata pepatah, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".

Akhir kalam, marilah sekalian Muslimin Melayu Malaysia kita mensedekahkan Al Fatihah kepada roh2 wira kita yang terkorban, semoga ditempatkan AlLah swt mereka ini di kalangan orang Syahidin.


Terima kasih dan WasSalam

Friday, January 4, 2013

Tahun Baru, Azam Baru?

AsSalamu alaikum para pembaca yang saya hormati

Sambutan tahun Masihi yang baru tampak lebih meriah daripada sambutan tahun Hijriyah yang lalu.  Apakan tidak, tahun Masihi ini diguna pakai di seluruh dunia dan oleh sebab itu sambutan tahun baru Masihi lebih komersil sifatnya dan dijadikan sebab untuk mengilhamkan azam yang baru.  Tahun Hijriyah dengan nilai Islamiknya pula dikatakan tidak meriah, tidak seronok kerana semakin berumur seseorang itu, semakin teringat ia akan mati!

Islam menganjurkan umatnya mengingat selalu kepada mati supaya kita tidak mensia-siakan peluang beramal semasa kita hidup.  Islam juga mengharuskan sambutan mengikut lunas yang ditetapkan.  Baru2 ini satu garis panduan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam penganjuran majlis sambutan tahun baru.  Oleh yang demikian, Melayu Muslim Malaysia akan diharap lebih maklum mengenai adab yang sesuai bagi menyambut perayaan seperti ini.

Saya terpanggil juga untuk memberi ulasan peribadi mengenai 'azam tahun baru'.  Bagi saya, nikmat masa yang diberi AlLah swt kepada kita hanya Dia sahaja yang menentukan.  Jadi untuk kita menunggu 'tahun baru' bagi menanam azam baru bunyinya seperti tidak masuk akal kerana kita sendiri tidak mampu tahu sama ada kita dapat melihat tahun baru!  Bukankah lebih elok kita tidak menunggu2, lantas pantas menyentap peluang masa yang sudah terhidang di depan mata.  Inilah waktunya yang sesuai untuk kita berpaling kepada isteri dan suami kita, ibu dan ayah kita, mertua kita dan anak-anak kita dan mengucapkan kalimah "maaf" ataupun "saya sayang kamu" atau "terima kasih" kerana kita tidak tahu bila masanya Izrail as akan menunggu di pintu.

Inilah juga masanya untuk kita penuhi senarai yang selama ini kita kumpulkan tetapi tidak kita penuhi.  Bersolat subuh berjemaah, berkhatam Al Qur'an dua kali setahun, mengurangkan berat badan 5kg, menghabiskan novel 'Muhammad Akhir', mendaki puncak Kinabalu, belajar bahasa Arab.. semua azam ini akan kita peroleh pahala sekiranya niat kita adalah kerana AlLah swt.

Oleh itu saya dengan rendah hati ingin menyeru kepada diri saya dan juga para pembaca yang dikasihi agar tidak terpengaruh dengan persepsi masa yang mengelirukan.  Takwim hidup kita adalah lain daripada orang yang lain jadi janganlah kita menunggu orang ataupun menunggu kononnya 'masa yang sesuai'.

Saya pernah ditanya orang soalan ini: Bilakah masanya yang sesuai untuk sesorang itu berhenti kerja?  Jawapan saya pendek: "Semalam!"  Seperti pepatah Arab yang mengumpamakan masa itu seperti pedang; sekiranya kita tidak memotongnya maka masa akan memotong kita!


WalLahu A'lam
AAAA

About Me

My photo
This blogger believes that time, of all things, is what wealth should be based upon and thus, death should be the best motivation for us to live life to the fullest.