Live Traffic Map

Note

Reproduction of all quotes from this blog is welcomed provided that due credit is attributed to the author.

Tuesday, April 16, 2013

Undilah Malaysia yang Berdaulat

Keadaan siasah di Malaysia kini menzahirkan sudut pandangan yang kurang manis dilihat.  ‘Pengkutuban kaum’ yang meminggirkan semangat muhibbah yang selama ini terjalin kini semakin jelas dan melambangkan wujud perasaan tidak yakin dan syak wasangka di antara kaum yang rata2 masih memberikan undi mereka berdasarkan bangsa dan agama. Dengan pengecualian di beberapa kawasan seperti di negeri Johor Darul Takzim serta di sekitar bandar2 besar, pembahagian undi yang ketara mengikut kaum ini mencerminkan tahap kematangan masyarakat kita.  Saya melahirkan kekhuatiran sekiranya kedaulatan negara bakal menjadi mangsa kepada jenama siasah ini yang kini diamalkan dengan rakus.

Kenyataan ini didasarkan kepada kecenderungan berkempen dengan ‘isu2 longkang’ dan menyentuh peribadi seseorang dan bukan kepada dasar2 yang diamalkan oleh kerajaan pemerintah. Masyarakat disajikan dengan tayangan2 dan paparan2 yang mengaibkan calon2 yang bertanding dan serangan ‘bawah tali pinggang’ yang mempersoalkan kewibawaan mereka.

Lebih buruk ialah kewujudan binatang siasah yang sentiasa bersedia menyalakan perasaan kebencian perkauman di kalangan kita. Golongan yang ‘menangguk di air yang keruh’ ini dilihat cuba memecah-belahkan rakyat dengan mengetengahkan hal2 ‘keadilan’ yang sebenarnya sudah sedia maklum terangkum di dalam fasal2 Perlembagaan Persekutuan.

Natijahnya, pertubuhan siasah yang bertanding turut mencongak pemilihan calon berasaskan kebolehmenangan calon di kawasan2 yang dikuasai oleh satu2 kaum dan bukan kepada empat ciri pemilihan pemimpin yang digariskan mengikut agama – kebenaran, amanah, kebolehpenyampaian dan kebijaksanaan.

Selain daripada itu, pemilihan mengikut kandungan kaum di sesuatu kawasan juga bermakna akan wujudlah ketidakadilan kepada kaum dengan jumlah kecil yang tidak menjadi tonggak di mana2 kawasan sekalipun!

Di DUN N59 Behrang sebagai contoh, perhitungan penyandang YB Jamaluddin Radzi (JR) untuk kekal sebagai ADUN dilihat sebagai satu risiko kepada Barisan Nasional yang pada PRU12 2008 sebelum ini meletakkan calon berbangsa India di situ. YB Dr Rosnah Kassim (RK), Ketua Wanita UMNO Perak dan ADUN N24 Hulu Kinta kini diletakkan sebagai calon bagi menentang JR yang dahulunya menang di atas bendera PKR.  Melihat percaturan ini YB Jamaluddin telahpun mengundur diri bagi memastikan tiada perpecahan undi berlaku.

Dengan perasaan wasangka yang ditanam sendiri oleh pertubuhan2 siasah ini, rakyat dilihat bertambah runsing di dalam membuat perhitungan. Wakil2 yang disuapkan ada di antaranya dibelenggu dengan awan tanda tanya daripada segi akhlak dan nilai. Perasaan tidak yakin dengan calon akan menjadikan rakyat itu tidak yakin secara mutlak dengan amalan pilihan raya dan mungkin sekaligus menyebabkan pengundi2 tidak keluar menjalankan hak mereka.

Kesan daripada ini yang turut dilihat ialah kepada kewujudan ‘kuasa ketiga’ yang menawarkan pilihan selain daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Walaupun kecil daripada segi sumber dan penglibatan mereka, kuasa ketiga ini berpeluang menjadi ‘pentabal kerajaan’ sekiranya pengundi memilih untuk memberi kuasa yang sama banyak kepada dua kuasa yang sedia ada. Bacaan ini berdasarkan kepada keputusan2 pilihan raya kecil sejak PRU12 2008 yang memberi keputusan seri kepada kedua2 pertubuhan ini.

Di DUN N25 Kajang misalnya, corak alir penduduk yang sebahagian besarnya berbangsa Cina tidak menghalang Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) untuk turut berkempen di kawasan tersebut. Ini bagi memberi pilihan kepada pengundi Islam yang jelak dengan percakaran di antara kedua2 pertubuhan utama iaitu DAP – PKR  dan MCA – Gerakan.


Apapun perasaan jelak ini dikongsi bersama oleh marhain berbilang bangsa.  Keadaan yang kita lihat ini mirip kepada apa yang berlaku di Itali di mana kejelakan pengundi negara itu diutarakan melalui pembuangan undi yang memihak kepada ‘Gerakan Lima Bintang’ pimpinan Giuseppe Piero Grillo yang bersifat mengumpan dengan hal2 yang menjadi tarikan besar pengundi.

Kedua2 pertubuhan utama iaitu BN dan PR turut mengambil kesempatan dengan menjadikan sumber ketiga ini sebagai calon. Di P108 Shah Alam misalnya, BN membawa masuk YB Datuk Zulkifli Nordin (DZN) sementara PR pula membawa hero 'Himpunan Hijau' Wong Tack (DAP) masuk bertanding di P89 Bentong.

Harapan saya sebagai seorang Muslim Melayu Malaysia yang matang dan dibekalkan akal serta panduan daripada Al Qur’an serta hadith dan amalan para pemikir Islam yang lampau ialah agar kita melihat dengan kaca mata yang jelas dan dengan pemikiran yang waras lagi bernas di dalam mengambil kira soal memilih calon yang bakal mewakili kita dan menjalankan amanah mentadbir negeri dan negara.  Inilah amanah kita bagi menjamin Malaysia sebagai negara yang kekal berdaulat!


Sekian dan WasSalam.
AAAA

No comments:

About Me

My photo
This blogger believes that time, of all things, is what wealth should be based upon and thus, death should be the best motivation for us to live life to the fullest.