Assalamu alaikum dan salam sejahtera para pembaca yang budiman
Saya ingin meminta maaf terhadap kelewatan pengkemaskinian laman blog ini yang disebabkan oleh kesuntukan masa bagi memenuhi semua tanggungjawab saya. Saya tidak menetapkan sela masa yang tertentu sebenarnya bagi menukilkan tulisan di dalam blog ini dan mengalu-alukan apa-apa sumbangan pendapat dan cadangan yang boleh mencetuskan sempadan ilmu yang baru (new frontier of knowledge).
Pembaca yang budiman
Di dalam suasana makroekonomi yang tidak menentu ini sudah acapkali kita mendengar luahan hasrat pelbagai pihak terhadap perlunya suatu perubahan. Perubahan ini bukan sekadar perubahan dalaman yakni daripada cara hidup, tabiat perbelanjaan, sikap dan positiviti, cara berfikir dan pembentukan paradigma, malahan terhadap sistem dan struktur seperti dasar pendidikan tinggi di Malaysia, polisi kesaksamaan pembangunan sosio-ekonomi antara kaum, dasar kewangan (seperti yang telah mencetuskan kemelut sub prima di Amerika Syarikat), sistem penilaian matawang, khususnya Dolar sebagai matawang sejagat bagi dagangan petrol, dasar luar Amerika Syarikat, dan sebagainya.
Umum bersetuju bahawa perubahan itu perlu bagi menjamin kelangsungan dan survival sesebuah dasar atau idea yang unggul. Namun demikian, perubahan itu sebenarnya hanya akan terjadi jika berlakunya reformasi. Reformasi sebenarnya bermaksud perubahan positif hasil daripada perancangan teliti yang diselia perlaksanaannya dengan rapi. Maka perubahan yang terjadi akibat daripada sesuatu peristiwa yang tidak sengaja (by chance, rather than by design) itu tidaklah dikategorikan sebagai reformasi dan bukanlah sesuatu yang patut diamalkan apatah lagi dibanggakan oleh seseorang penggubal dasar atau perancang polisi.
Inovasi pula merupakan alat atau wadah kepada reformasi yang dicetuskan oleh seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan mempunyai karisma kepimpinan serta kemahiran berkomunikasi yang baik. Inovasi ini perlu bagi membantu merubah sikap lama atau status quo yang biasanya hadir merentang arus-arus perubahan.
Apa yang dikesalkan kini ialah terdapat inovasi-inovasi yang tidak tuntas kajiannya daripada segi mekanisme dan perlaksanaan. Lebih buruk adalah omong kosong yang bersifat populist yang hanya merugikan negara pada jangka masa panjang. Ini termasuklah segala keputusan mengenai dasar yang bersifat politik dan tidak diputuskan berpandukan empirical evidence dan maklumbalas daripada pelbagai pihak.
Harapan saya kita adalah supaya kita semua dapat melihat dengan lebih kritis setiap syor dan perancangan yang disuapkan kepada kita setiap hari. Saya fikir kita harus besikap demikian demi memenuhi tanggungjawab kita menjaga amanah bumi Malaysia ini untuk generasi kita yang akan datang, Insya Allah.

No comments:
Post a Comment