Assalamu alaikum dan salam sejahtera
Saya memohon maaf kepada semua pembaca kerana tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini akibat kesibukan tugas. Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca yang sudi bertanya khabar dan menggesa saya supaya lekas menulis memandangkan terdapat kebanjiran isu yang menjadi bualan masyarakat kini.
Apa yang saya gusarkan adalah perbicaraan-perbicaraan ini mengambil panduan daripada khabar-khabar angin tanpa fakta yang jelas. Seperti yang sudah saya nukilkan tidak lama dahulu, tanggapan yang dibuat melalui kaca mata yang kabur hanyalah bakal mengundang bencana apatah lagi jika disira dengan minyak tanah emosi.
Itulah lumrah politik yang bersifat retorik dan lebih kepada persepsi daripada fakta. Apabila kita menyanjung kepemimpinan sebegini, tidaklah mampu kita mengelak bala perpecahan daripada terjadi.
Wassalam.
The King, his family and U
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment