Assalamu alaikum para pembaca yang budiman
Walaupun hangat disangsikan dan ditolak oleh kedua2 pihak, namun pengamatan saya mendapati kewujudan faktor 'RM' telah mengubah haluan arus sentimen undi kepada pihak kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional seolah2 kini menjadi sebut2an di dalam usaha menyapu kembali kerusi yang dipertandingkan.
Faktor 'RM' bukanlah singkatan kepada 'Ringgit Malaysia' - istilah yang mengkonotasikan amalan jual beli undi dan politik wang. Sebenarnya, singkatan ini adalah kepada dua faktor yang dirangkumkan kepada dua perkataan Inggeris iaitu 'Release' dan 'Mahathir'.
'Release' merujuk kepada pelepasan tahanan ISA yang dahulunya lantang memperjuangkan hak bangsa di bawah bayangan HINDRAF. Langkah ini telah mendapat reaksi positif daripada banyak pihak yang sedikit-sebanyak meletakkan kerajaan BN di bawah pimpinan Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak di bawah sinaran yang elok.
'Mahathir' pula tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada kemasukan semula Tun Dr Mahathir bin Mohamad ke pangkuan BN dan UMNO. Tokoh negarawan ini lantas berkempen dengan agresif bagi memenangkan BN di kawasan2 pilihanraya kecil di tengah2 sambutan rakyat yang luar dugaan. Sememangnya karisma beliau adalah sesuatu yang amat didahagakan oleh rakyat yang dipimpinnya selama 22 tahun.
Seolah2 mendapat gejolak ombak Tsunami, kerajaan BN bakal menawan semula hati para pengundi yang seakan2 sudah beransur2 memaafkan BN di atas kealpaan awal mereka. Mungkin tidak di Bukit Gantang, namun jika keseriusan Perdana Menteri baru Malaysia ini dapat diterjemahkan kepada langkah2 ikhlas yang bermakna, nescaya satu lagi ombak akan melanda dalam beberapa tahun lagi.
Wassalam
The King, his family and U
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment