Live Traffic Map

Note

Reproduction of all quotes from this blog is welcomed provided that due credit is attributed to the author.

Saturday, December 13, 2008

Menangguk Peluang di dalam Kekeruhan Kemelesetan Ekonomi

Assalamu alaikum dan Salam Sejahtera para pembaca yang dimuliakan

Di dalam kemurungan ramai pihak akan kemunduran ekonomi yang berlaku, pastinya ada yang bertanya2 tentang nasihat yang boleh diguna pakai di dalam menebat kesan kemelesetan ekonomi ini. Ini kerana umumnya kemelesetan ekonomi akan menyebabkan pengurangan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan; negara dengan ekonomi mirip Malaysia iaitu yang berpaksikan eksport kepada negara Amerika Syarikat pastinya tergugat dengan pemperlahanan suasana pasaran eksport. Maka di dalam situasi ini kilang-kilang akan mengurangkan operasi, elaun lebih masa akan dihentikan, perbelanjaan modal yang kurang mendesak akan ditangguh, buruh akan dikecilkan - semua ini sehingga situasi ekonomi dunia pulih seperti asal.

Nasihat yang paling penting adalah supaya kita sama2 mengamalkan perbelanjaan yang berhemah. Perbelanjaan berhemah bukanlah bermaksud tidak berbelanja, ia bermaksud berbelanja mengikut perancangan dan priority.

Daripada peringkat individu, terdapat banyak peluang yang boleh dicari di dalam kekeruhan kemelesetan ekonomi. Misalnya, terdapat peluang2 pelaburan melalui aset2 hartanah yang terpaksa disita oleh bank. Dalam keadaan ekonomi yang makmur, aset2 ini pastinya sukar untuk didapati maka ini merupakan suatu peluang yang baik kepada sesiapa yang mempunyai lebihan dana yang dikumpul melalui perbelanjaan berhemah.

Terdapat juga peluang untuk individu meningkatkan kemahiran diri disebabkan pengurangan komitmen tugas disebabkan kemelesetan ekonomi. Inilah masa yang sebaiknya bagi kita untuk mempelajari suatu bahasa, mengambil diploma atau ijazah sarjana yang sudah lama kita idami, mengetahui tentang cara membaiki komputer, bergunting rambut, membuat kuih dan sebagainya. Apabila lengkuk ekonomi negara kembali ke atas, kita sudahpun bersedia dengan kemahiran dan ilmu yang baru.

Kemelesetan ekonomi juga memberi kita semangat untuk mencuba sesuatu alternatif pendapatan yang baru, termasuklah perniagaan2 kecil seperti menjual kuih-muih, nasi lemak dan sebagainya. Ada yang turut mula berkecimpung di dalam bidang pertanian dan kemudian terus berjaya menjadi usahawan tani berkat disiplin dan usaha bertawakal gigih.

Tidak syak lagi terdapat peluang di dalam kekeruhan air muka ekonomi dunia yang mana jika dapat digunakan sepenuhnya, bakal menjanjikan pulangan dunia dan akhirat yang lebih bermakna.

Sekian dan Wassalam.

No comments:

About Me

My photo
This blogger believes that time, of all things, is what wealth should be based upon and thus, death should be the best motivation for us to live life to the fullest.