Sejak akhir2 ini kita selalu dijamukan dengan isu kehalalan premis makanan terutamanya premis2 yang diusahakan oleh golongan bukan Islam.
Hakikatnya mencari yang Halal itu wajib, dan menjauhkan diri daripada perkara yang Syak itu juga disuruh di dalam agama.
Namun dalam pencarian ini, kita perlulah beringat untuk tidak menanam syak yang sebarangan, apatah lagi jika premis itu menggajikan pekerja Islam. Ini kerana kita ada juga mendapat maklum melalui e-mel berantai yang menggesa kita memboikot sesuatu barangan ataupun menjauhi sesebuah premis hanya melalui 'cakap2' dan andaian2 semata2.
Pokoknya kita perlu mendapatkan jawapan yang sahih (contohnya melalui melalui pihak berwajib) bagi isu2 sebegini.
Lebih menarik lagi apabila perakuan 'tidak mempunyai Sijil Halal' ditakrifkan sebagai 'Tidak Halal' oleh sebilangan kita yang berfikiran dangkal sama ada secara sengaja ataupun tidak, sekaligus menzalimi saudara Muslimin kita yang mencari rezeki yang halal di mat'am2 berkenaan.
Sekiranya sesuatu premis makanan itu memerlukan sehelai sijil dan logo untuk menyedapkan hati kita, maka ia adalah sesuatu yang pelik jika tidakpun menggelikan hati, kerana selama ini masakan ibu kita juga tidak pernah ada cop Halal! Pada pendapat saya, Allah swt telah meminjamkan nikmat panca indera yang boleh kita gunakan untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara termasuklah dalam menilai sama ada sesuatu tempat makan itu sesuai atau tidak. Premis yang kotor, contohnya, menimbulkan risiko kepada kesihatan dan oleh kerana ia boleh memudaratkan maka tergolonglah ia di dalam kategori premis makanan yang Syak.
Semoga kita tidak turut terperangkap di dalam membuat keputusan berkenaan soal ini.
Selamat menjamu selera!
Wallahu A'lam.
AAAA
No comments:
Post a Comment