Live Traffic Map

Note

Reproduction of all quotes from this blog is welcomed provided that due credit is attributed to the author.

Monday, May 24, 2010

E-Mel Kepada PM Mengenai Ancaman Penyalahgunaan Pasport

Kepada yang dikasihi, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia

Assalamu alaikum dan Selamat Sejahtera, dan Salam 1Malaysia

YAB Dato' Sri

Pertama2nya, saya ingin mengucapkan syabas di atas usaha YAB Dato' Sri merapatkan hubungan Malaysia dengan jiran serantau di Asia Tenggara. Sememangnya keamanan dan sikap muhibbah di antara negara2 ASEAN merupakan kunci emas kepada kemakmuran ekonomi di rantau ini, suatu matlamat yang saya yakin dapat dikecapi menerusi dasar luar yang dipimpin oleh YAB Dato' Sri dan YB Dato' Sri Anifah bin Haji Aman sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia.

YAB Dato' Sri

Pada 18 Februari 2010 yang lalu, dunia telah dikejutkan oleh pengumuman daripada Leftenan Jeneral Dhahi Khalfan Tamim, Ketua Polis Dubai, Emiriyah Arab Bersatu yang telah melaporkan penglibatan ejen2 Mossad Israel di dalam pembunuhan seorang warga kelahiran Palestin bernama Mahmoud Abdel Rauf al-Mabhouh, di sebuah bilik hotel lima bintang di Dubai pada 19 Januari 2010. Apa yang lebih memeranjatkan adalah laporan bahawa berlakunya penyalahgunaan pasport oleh ejen2 Mossad yang melibatkan beberapa negara termasuklah daripada Australia, United Kingdom, Ireland, Jerman dan Perancis.

Sehubungan dengan itu, beberapa negara yang terlibat di dalam isu penyalahgunaan pasport ini telah mengambil langkah perlu melalui penyiasatan yang berasingan. Pada hari ini 24 Mei 2010, Menteri Luar Australia Stephen Smith telah membuat pendedahan hasil penyiasatan Polis Australia dan agensi perisikan negara berkenaan dan seterusnya mengisytiharkan keputusan mengusir diplomat Tel Aviv daripada Kedutaan Israel di Canberra, mirip kepada keputusan yang dicapai oleh London pada bulan Mac lalu.

YAB Dato' Sri

YAB Dato' Sri mungkin sudahpun turut maklum akan sejarah jijik penyalahgunaan pasport oleh ejen2 Mossad ini. Pada Julai 2004, kerajaan New Zealand telah mengenakan sekatan diplomatik terhadap Israel dan telah menjatuhkan hukuman penjara kepada 2 orang warga Israel yang terbabit di dalam penipuan pasport milik kerajaan New Zealand. Pada September 1997, pasport kerajaan Kanada telah turut disalahgunakan oleh ejen2 Mossad ini bagi cubaan membunuh warga Jordan, Khaled Meshal di Amman.

Walaupun kerajaan Malaysia mempunyai dasar yang jelas terhadap Israel, selaku seorang Muslim Melayu Malaysia yang prihatin terhadap kesejahteraan dan keselamatan tanah air, saya ingin melahirkan kekhuatiran saya mengenai isu ini. Negara Malaysia yang sedikit sebanyak bergantung kepada industri pelancongan dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung daripada ruang lingkup Komanwel kini berhadapan dengan ancaman ejen2 Mossad yang bertopeng di sebalik kerakyatan jiran Komanwel kita seperti United Kingdom, Ireland, Australia dan New Zealand di samping negara maju Eropah seperti Jerman dan Perancis.

Oleh yang demikian, besarlah harapan agar YAB Dato' Sri dapat mempertimbangkan cadangan saya agar pemeriksaan yang lebih terperinci dibuat terhadap pengunjung yang tiba menggunakan pasport oleh negara2 yang terbabit. Sekurang2nya, saya memohon agar YAB Dato' Sri dapat menimbang tara cadangan agar Kementerian Luar Negeri mengeluarkan kenyataan bimbang di atas isu penyalahgunaan pasport negara2 oleh ejen2 luar (seperti Mossad) ataupun warga Malaysia (seperti blogger pengecut) yang ditunjangi anasir2 kotor yang boleh mengancam keselamatan negara.

Cadangan ini bukanlah berhasrat untuk menolak kemasukan pelancong daripada negara2 terlibat, malahan bertujuan untuk menjaga hubungan baik sekian lama yang dijalin di antara Malaysia dengan negara2 ini, khasnya daripada kumpulan negara-negara Komanwel. Saya ikhlas berharap agar YAB Dato' Sri dapat melahirkan pendirian Kuala Lumpur di dalam isu ini agar kita boleh terus konsisten terhadap isu2 yang membabitkan Israel.

Terima kasih YAB Dato' Sri.


Ikhlas saya

No comments:

About Me

My photo
This blogger believes that time, of all things, is what wealth should be based upon and thus, death should be the best motivation for us to live life to the fullest.