Live Traffic Map

Note

Reproduction of all quotes from this blog is welcomed provided that due credit is attributed to the author.

Friday, July 10, 2009

Selamat Tinggal PPSMI

Assalamu alaikum para pembaca yang budiman

Umpama pembuangan selumbar yang mengganggu masyarakat pendidik lebih sedarsawarsa, pengumuman penarikan balik PPSMI oleh Jemaah Menteri melalui Menteri Pelajarannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut dengan syukur oleh ramai pihak.

Sesungguhnya isu ini telah banyak memakan masa dan saluran disebabkan pelaksanaan dasar ini yang dilihat sebagai sebuah dasar siasah dan lebih bersifat menekan, tanpa diberi ruang perbincangan dan kajian dengan secukupnya.

Tujuan mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di peringkat rendah dan menengah seharusnya boleh dicapai dengan dasar lain yang tidak merogol kesucian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Natijahnya, penguatkuasaan satu dasar yang gopoh telah menyebabkan negara kerugian daripada segi sumber2 yang telah dibazirkan di dalam 'ujikaji' memupuk keasingan Bahasa Inggeris di dalam aliran pembelajaran bermula murid darjah satu. Lebih parah lagi adalah nasib murid2 tersebut yang telah dizalimi masa depan mereka dalam menimba ilmu yang rata2 dilihat sebagai sumber penting di dalam pembangunan diri sebagai harta negara.

Ini merupakan satu pengajaran besar yang perlu dicatat di dalam lipatan sejarah negara dan dijadikan iktibar kepada golongan pemimpin dan negarawan. Biar besar manapun jasa(atau dosa) seorang pemimpin di dalam membangunkan negara, setiap dasar yang diperkenalkan haruslah dinilai secara halus dan terperinci tanpa mengaitkannya dengan dasar2 lain yang telah berjaya mahupun tidak. Pada asasnya setiap dasar ini perlu ditimbang kekuatan dan kelemahan kendiri sebelum sesuatu keputusan diambil.

Semoga barisan Jemaah Menteri yang ada kini mempunyai kekuatan untuk mempertahankan yang hak dan memerangi yang zalim.

Wassalam

Wednesday, July 8, 2009

Memegang Teguh Perlembagaan Demi Perpaduan

Assalamu alaikum dan Salam Sejahtera rakan pembaca yang saya muliakan

Saya terpanggil untuk mengingatkan diri saya dan rakan pembaca tentang perlunya umat Muslim Melayu Malaysia teguh berpaksi kepada konsep dan definisi kita sebagaimana yang termaktub di dalam Artikel 160 Perlembagaan Malaysia, sepertimana tulisan yang saya petik di bawah:

Oleh sebab itu, telah dinasihatkan oleh Dato' Onn Jaafar dahulu, orang Melayu tidak seharusnya bermain puak dalam politik, kerana faktor inilah yang menyebabkan orang Melayu menjadi berpecah pada zaman penjajah dahulu, dan faktor perpuakan inilah juga yang menyebabkan Dato' Onn mencadangkan agar konsep Melayu itu sendiri didefinisikan semula menjadi "orang Melayu itu bermaksud mereka berbahasa Melayu, beragama Islam dan berbudaya Melayu." Tidak kiralah dia itu orang Jawa, Banjar, Mendailing, Petani, Bugis, Kelantan, Melaka, Brunei ataupun siapa sahaja daripada rumpun Melayu ini - semuanya dianggap Melayu apabila tiga syarat yang tersebut itu dipenuhi!


Politik Melayu di Persimpangan. Suatu Analisis Pilihan Raya Umum 2008 oleh Ahmad Atory Hussain, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd (Februari 2009), m.s. 232.


Sekian dan Wassalam

About Me

My photo
This blogger believes that time, of all things, is what wealth should be based upon and thus, death should be the best motivation for us to live life to the fullest.