Live Traffic Map

Note

Reproduction of all quotes from this blog is welcomed provided that due credit is attributed to the author.

Friday, July 4, 2008

'Casino Royale' - Antara Skandal Anwar dan Najib

Assalamu alaikum dan Selamat Sejahtera

Terdapat beberapa permintaan daripada rakan2 saya untuk mengulas berkaitan perkembangan politik yang membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak (DSNTR) dan DSAI. Ujar saya kita harus bersabar dan tidak membuat apa2 spekulasi awal berkaitan perkembangan ini kerana spekulasi seperti itu tidak membawa apa2 faedah, malah boleh menimbulkan suasana yang tidak selesa.

Senario yang saya perhatikan ini seakan2 mirip cerita wayang 'Casino Royale'. Di meja baldu hijau DSNTR dengan DSAI, masing2 tampak yakin dengan daun yang dimiliki mereka.

Satu demi satu daun dilontarkan ke atas meja, dan dan serentak itu jugalah sorakan dan riuh-rendah suara pemerhati di sekeliling menyokong dan mencemuh protagonis dan antigonis mereka.

Ada juga pemain lain di atas meja, namun mereka sudah 'bungkus'.

Bakal pemenang belum boleh dipastikan tetapi percaturan ini tampak menyeronokkan bagi sesetengah pihak. Bagi saya, jika kita bertaruh RM1 dan menang, kita tidak menang RM1 + RM1 = RM2. Malah, saya katakan kita kalah RM1 dan dapat dosa kerana perjudian itu HARAM.

Saya juga ingin mengingatkan diri saya dan para pembaca bahawa terdapat perbezaan di antara mengadukan perlakuan jenayah dengan membuka keaiban sesama Islam.

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi keadaan sekarang ini.

Sekian dan Wassalam

1 comment:

tokasid said...

Assalamu'alaikum al-Banji:

Bila permainan mereka sampai ke tahap ini, saya mengundur diri dari mengikuti persembahan raja lawak mereka.

Saya kecewa bila insan2 yg ingin menjadi pemimpin sanggup merendahkan martabat mereka ke peringkat ini melontar pelbagai 'aib di khalayak ramai tanpa memikirkan kesan fitnah ke atas umat dan diri sendiri.

About Me

My photo
This blogger believes that time, of all things, is what wealth should be based upon and thus, death should be the best motivation for us to live life to the fullest.