Live Traffic Map

Note

Reproduction of all quotes from this blog is welcomed provided that due credit is attributed to the author.

Sunday, April 27, 2008

Foreword - Prakata

Assalamu alaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua!

Setelah lama saya memegang hajat untuk membuka laman blog sendiri, akhirnya tercapai jugalah cita2 saya. Saya bersyukur kerana dapat menimba sedikit ilmu untuk mengikut gelombang teknologi; maklumlah saya ini (jika diistilahkan oleh ahli pemasaran) merupakan 'laggard' dari segi penerimaan teknologi baru.

Tujuan blog ini adalah untuk membincangkan hal2 mengenai Muslim Melayu di Malaysia dan juga perkara2 yang memberi kesan terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia, khususnya dari segi pentadbiran negara. Secara peribadi saya percaya bahawa budaya berpolitik yang diamalkan di Malaysia ini sebenarnya menjahanamkan, namun saya terpaksa akur bahawa sistem ini digunapakai bagi menjaga kepentingan beberapa pihak di negara ini.

Saya berasakan bahawa pemerintah di negara ini perlu diberi teguran tanpa membezakan fahaman politik mereka. Bagi saya yang betul itu betul, dan yang salah itu salah.

I write in both Bahasa Melayu and English at times I see it fit, and I welcome critical comments, save of course for any expletives.

The title of the blog is neither reflective of the audience that this blog is set up for, nor does it have any racial connotation. It is merely an indication of the social background that I come from. It is similar to knowing your neighbours from having a view of their lawn. The social make up aside, I do feel every bit Malaysian inside.

I believe that many Malaysians share similar beliefs as mine; peace loving, thoughtful and adhering to good old religion and commonsense.

Saya belum menetapkan kekerapan pos, namun apa yang saya harapkan adalah semoga blog ini menjadi pentas untuk perbincangan kritis yang berfaedah kepada semua rakyat Malaysia.


Kind regards and Wassalam

No comments:

About Me

My photo
This blogger believes that time, of all things, is what wealth should be based upon and thus, death should be the best motivation for us to live life to the fullest.