Assalamu alaikum dan Salam Sejahtera para pembaca yang budiman
Sejak kecil saya meminati tanaman dan berkecimpung di dalam hobi berkebun. AlhamdulilLah, setelah usia ini semakin lanjut, saya menjadikan hobi ini sebagai riadah untuk mengeluarkan peluh. Selalunya saya akan ke rumah orang tua saya pada setiap hujung minggu untuk berziarah dan di sana saya akan mencuri masa bagi melakukan hobi ini. Antara yang saya usahakan adalah tanaman cili, terung, mangga, pisang, ubi kayu dan ubi keladi.
Jelas hobi ini ada kelebihannya yang tersendiri. Sepertimana tajuk artikel ini, berkebun merupakan aktiviti menabur budi kepada tanah, yang pasti memberikan pulangan. Bukan hasil tuaian yang saya maksudkan, tetapi pengeluaran oksigen kepada alam yang menjadi bekal kepada semua hidupan. Hasil tuaian adalah bonus kepada usaha ini yang apabila tanaman mengeluarkan hasil, merupakan sesuatu pengalaman yang mengujakan.

Mangga yang dibungkus dengan surat khabar dan akar pokok jalar
Pisang Raja digoreng buat hidangan minum petang yang lazat
Saya mengesyorkan hobi ini kepada semua pembaca tidak kira usia ataupun di mana lokasi anda. Semoga usaha ini memberikan kita jasmani yang sihat, rezeki yang berkat, dan udara alam yang selamat.
Sekian dan Wassalam.