Live Traffic Map

Note

Reproduction of all quotes from this blog is welcomed provided that due credit is attributed to the author.

Friday, January 4, 2013

Tahun Baru, Azam Baru?

AsSalamu alaikum para pembaca yang saya hormati

Sambutan tahun Masihi yang baru tampak lebih meriah daripada sambutan tahun Hijriyah yang lalu.  Apakan tidak, tahun Masihi ini diguna pakai di seluruh dunia dan oleh sebab itu sambutan tahun baru Masihi lebih komersil sifatnya dan dijadikan sebab untuk mengilhamkan azam yang baru.  Tahun Hijriyah dengan nilai Islamiknya pula dikatakan tidak meriah, tidak seronok kerana semakin berumur seseorang itu, semakin teringat ia akan mati!

Islam menganjurkan umatnya mengingat selalu kepada mati supaya kita tidak mensia-siakan peluang beramal semasa kita hidup.  Islam juga mengharuskan sambutan mengikut lunas yang ditetapkan.  Baru2 ini satu garis panduan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam penganjuran majlis sambutan tahun baru.  Oleh yang demikian, Melayu Muslim Malaysia akan diharap lebih maklum mengenai adab yang sesuai bagi menyambut perayaan seperti ini.

Saya terpanggil juga untuk memberi ulasan peribadi mengenai 'azam tahun baru'.  Bagi saya, nikmat masa yang diberi AlLah swt kepada kita hanya Dia sahaja yang menentukan.  Jadi untuk kita menunggu 'tahun baru' bagi menanam azam baru bunyinya seperti tidak masuk akal kerana kita sendiri tidak mampu tahu sama ada kita dapat melihat tahun baru!  Bukankah lebih elok kita tidak menunggu2, lantas pantas menyentap peluang masa yang sudah terhidang di depan mata.  Inilah waktunya yang sesuai untuk kita berpaling kepada isteri dan suami kita, ibu dan ayah kita, mertua kita dan anak-anak kita dan mengucapkan kalimah "maaf" ataupun "saya sayang kamu" atau "terima kasih" kerana kita tidak tahu bila masanya Izrail as akan menunggu di pintu.

Inilah juga masanya untuk kita penuhi senarai yang selama ini kita kumpulkan tetapi tidak kita penuhi.  Bersolat subuh berjemaah, berkhatam Al Qur'an dua kali setahun, mengurangkan berat badan 5kg, menghabiskan novel 'Muhammad Akhir', mendaki puncak Kinabalu, belajar bahasa Arab.. semua azam ini akan kita peroleh pahala sekiranya niat kita adalah kerana AlLah swt.

Oleh itu saya dengan rendah hati ingin menyeru kepada diri saya dan juga para pembaca yang dikasihi agar tidak terpengaruh dengan persepsi masa yang mengelirukan.  Takwim hidup kita adalah lain daripada orang yang lain jadi janganlah kita menunggu orang ataupun menunggu kononnya 'masa yang sesuai'.

Saya pernah ditanya orang soalan ini: Bilakah masanya yang sesuai untuk sesorang itu berhenti kerja?  Jawapan saya pendek: "Semalam!"  Seperti pepatah Arab yang mengumpamakan masa itu seperti pedang; sekiranya kita tidak memotongnya maka masa akan memotong kita!


WalLahu A'lam
AAAA

Sunday, December 16, 2012

It Does Not Take a Rocket Scientist to Figure It Out

As Salamu alaikum and good morning dear readers

It was a case of deja vu once the results of the Democratic Action Party (DAP) Central Executive Committee (CEC) election was announced on the back of the 16th DAP National Congress held last week.

There were many familiar faces with the incumbents holding to the Chairman and Secretary General's post.  Curiously, none of the Malay Muslim DAP members were elected which in turn necessited some of their selection under the 'closed-door' office bearer selection meeting.

The selected 'some' were only 'few', ie two, namely Dr Ariffin Omar (Vice Chairman, one of five with the other four all elected) and Zairil Khir Johari (Assistant National Publicity Secretary, the other being the elected Teo Nie Ching with 903 votes) with Ahmad Ton (with 347 votes, only 1 vote less compared to Dr Ariffin and 42 more than Zairil) completely overlooked. 

I am in the opinion that the decision of the DAP of appointing Dr Ariffin and Zairil into the CEC, whilst provided in their constitution, should have not been done in the first place.  Apart from giving the perception to its members as well as the public that the 'back-door' selection is an unethical way to put certain individuals onto key posts by sacrificing other members who had garnered higher votes, it does to a certain extent pour fuel to the argument that DAP is run just as any race-based party with the need of allocation of quotas based on race.

I can imagine the appointed members having 'inferiority complex' as all others are there in the CEC on merit whilst them benefitting from a decision based on some clandestine strategic wheeling-dealing.  Pressing forward, if one wishes to do away with the Bumiputra privileges than what better time to prove it than now.

My suggestion to Dr Ariffin and to Zairil is to politely decline the selection and instead work on strengthening their positions within the grassroots.    What is certain for the rejected Malay Muslim candidates is the fact that they will need to find out the reason why they were rejected in the first place.  If they are deemed not good enough for their party then what would the voting public make of them come the General Election 2013?

Of course, a worse outcome would be the staging of a massive walkout by all Malay Muslim members out of the DAP into other political parties while at the same time accusing DAP of being racist (and nepotistic, a claim DAP hurls to its rivals in the ruling government). 

That to DAP is a scary thought, but a thought neither a rocket scientist, nor a 'Rocket' reader would have difficulty figuring out.


Best regards and Wassalam

Thursday, December 13, 2012

Adakah Ia Ditanggung Halal?

As Salamu alaikum para pembaca yang budiman

Sejak akhir2 ini kita selalu dijamukan dengan isu kehalalan premis makanan terutamanya premis2 yang diusahakan oleh golongan bukan Islam.

Hakikatnya mencari yang Halal itu wajib, dan menjauhkan diri daripada perkara yang Syak itu juga disuruh di dalam agama.

Namun dalam pencarian ini, kita perlulah beringat untuk tidak menanam syak yang sebarangan, apatah lagi jika premis itu menggajikan pekerja Islam.  Ini kerana kita ada juga mendapat maklum melalui e-mel berantai yang menggesa kita memboikot sesuatu barangan ataupun menjauhi sesebuah premis hanya melalui 'cakap2' dan andaian2 semata2.

Pokoknya kita perlu mendapatkan jawapan yang sahih (contohnya melalui melalui pihak berwajib) bagi isu2 sebegini.

Lebih menarik lagi apabila perakuan 'tidak mempunyai Sijil Halal' ditakrifkan sebagai 'Tidak Halal' oleh sebilangan kita yang berfikiran dangkal sama ada secara sengaja ataupun tidak, sekaligus menzalimi saudara Muslimin kita yang mencari rezeki yang halal di mat'am2 berkenaan.

Sekiranya sesuatu premis makanan itu memerlukan sehelai sijil dan logo untuk menyedapkan hati kita, maka ia adalah sesuatu yang pelik jika tidakpun menggelikan hati, kerana selama ini masakan ibu kita juga tidak pernah ada cop Halal!  Pada pendapat saya, Allah swt telah meminjamkan nikmat panca indera yang boleh kita gunakan untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara termasuklah dalam menilai sama ada sesuatu tempat makan itu sesuai atau tidak.  Premis yang kotor, contohnya, menimbulkan risiko kepada kesihatan dan oleh kerana ia boleh memudaratkan maka tergolonglah ia di dalam kategori premis makanan yang Syak.

Semoga kita tidak turut terperangkap di dalam membuat keputusan berkenaan soal ini.

Selamat menjamu selera!


Wallahu A'lam.
AAAA

Tuesday, June 28, 2011

Recognizing Our Strengths

Assalamu alaikum and Good Day to all readers

I just like to say that I agree with the statement by the VC of USM in his suggestion for an alternative model for appraising the strength of local universities.


Regards and Wassalam

Sunday, August 22, 2010

Apabila Peluang Dibuka

Assalamu alaikum para pembaca yang saya hormati

Pada hari Khamis yang lalu saya sempat meluangkan masa menghadiri jemputan berbuka puasa YAB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak (DSNTR), Perdana Menteri Malaysia di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Majlis berbuka puasa itu diadakan bagi memberi peluang kepada para pentadbir dan pelajar IPTA / IPTS mengenali lebih dekat YAB Perdana Menteri, di samping mendengar amanat beliau di dalam merencanakan masa depan negara daripada aspek pengajian tinggi.

Saya sempat bertemu dengan DSNTR namun tidak berpeluang untuk berbicara lanjut. Apakan daya, keterujaan kebanyakan pemimpin mahasiswa menyebabkan masing2 begitu mahukan masa bersama DSNTR sehingga terlupa protokol bagi majlis seumpama itu.


Saya juga sempat bertemu beberapa pemimpin mahasiswa untuk memberikan sedikit nasihat, terutamanya di dalam adab berkomunikasi sebagai seorang pemimpin / pejuang mahasiswa.

Sesungguhnya, majlis seperti ini sepatutnya dijadikan ruang untuk membina jalinan dan rangkaian kerjasama yang bakal memberi manfaat kepada para bakal pemimpin pelajar pada masa hadapan. Rugilah kiranya ia sebaliknya dijadikan tempat bermegah untuk bergambar foto secara berlebih2an sambil melopong mengiyakan setiap kata orang!


Sekian dan Wassalam

Saturday, August 21, 2010

Ignorance of a Leader

Assalamu alaikum and Good Day to all readers

I do not intend to blow up an issue which recently happened at Surau Al Huda in Kajang Sentral. All that I want to say is that the lesson learnt by the Serdang MP YB Teo Nie Ching has been an expensive one - due to ignorance on her part rather than anything else.


An ignorant leader is a bad leader. I sincerely hope that this episode serves a lesson to us all.


Regards

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Karim

Assalamu alaikum kepada semua pembaca dan selamat beribadah sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah.

Pada kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya sekiranya ada yang terguris hati sepanjang saya menulis di laman ini atau di dalam apa2 percakapan atau tingkah laku saya. Semoga Allah swt memberkati amalan kita semua.

Wassalam

About Me

My photo
This blogger believes that time, of all things, is what wealth should be based upon and thus, death should be the best motivation for us to live life to the fullest.