Assalamu alaikum para pembaca yang saya hormati
Pada hari Khamis yang lalu saya sempat meluangkan masa menghadiri jemputan berbuka puasa YAB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak (DSNTR), Perdana Menteri Malaysia di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Majlis berbuka puasa itu diadakan bagi memberi peluang kepada para pentadbir dan pelajar IPTA / IPTS mengenali lebih dekat YAB Perdana Menteri, di samping mendengar amanat beliau di dalam merencanakan masa depan negara daripada aspek pengajian tinggi.
Saya sempat bertemu dengan DSNTR namun tidak berpeluang untuk berbicara lanjut. Apakan daya, keterujaan kebanyakan pemimpin mahasiswa menyebabkan masing2 begitu mahukan masa bersama DSNTR sehingga terlupa protokol bagi majlis seumpama itu.
Saya juga sempat bertemu beberapa pemimpin mahasiswa untuk memberikan sedikit nasihat, terutamanya di dalam adab berkomunikasi sebagai seorang pemimpin / pejuang mahasiswa.
Sesungguhnya, majlis seperti ini sepatutnya dijadikan ruang untuk membina jalinan dan rangkaian kerjasama yang bakal memberi manfaat kepada para bakal pemimpin pelajar pada masa hadapan. Rugilah kiranya ia sebaliknya dijadikan tempat bermegah untuk bergambar foto secara berlebih2an sambil melopong mengiyakan setiap kata orang!
Sekian dan Wassalam