Live Traffic Map

Note

Reproduction of all quotes from this blog is welcomed provided that due credit is attributed to the author.

Thursday, March 14, 2013

Percaturan Laknat Terlindung Di Bumi Lahad Datu

AsSalamu alaikum para pembaca yang saya muliakan

Sudah lebih sebulan insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah berlalu dan sehingga kini korban langsung anggota Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dalam Ops Daulat yang bertujuan mematahkan ancaman pengganas upahan ini berjumlah sembilan orang.

Banyak keluarga di kawasan terlibat terutamanya di Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Labian dan Kampung Sungai Nyamuk terpaksa berpindah dan tentunya mereka tidak dapat menjalankan kehidupan dan mencari rezeki seperti lazim.

Di samping itu, banyak pihak juga telah mengutarakan 'teori konspirasi' masing2, terutamanya ahli2 politik yang cuba mempolitikkan isu ini secara jijik bagi mendapat tempat di hati rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja oleh Pengerusi Barisan Nasional selaku ketua kerajaan yang memerintah.

Terdapat juga 'perang siber' yang berlaku di antara rakyat Malaysia dan Filipina yang terganggu dengan isu panas ini.

Apa yang saya cuba timbulkan di sini ialah kesan buruk daripada anasir luar yang boleh menjahanamkan kesejahteraan dan seterusnya mensabotaj kemakmuran negara.  Sebagai seorang Muslim Melayu Malaysia, saya melahirkan rasa kesal atas peristiwa ini yang telah meragut nyawa bapa kepada anak dan suami kepada isteri.  Lebih dikesalkan apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan melalui tragedi ini, sama ada terbabit di dalam perancangannya ataupun tidak.  Perlakuan ini saya sifatkan sebagai percaturan laknat di bumi Lahad Datu oleh jemari Iblis yang terlindung.

Saya memohon ke hadrat AlLah swt agar kita semua dilindungi di bawah lembayung ar Rahman dan ar RahimNya dan semoga dugaan ini dapat segera berlalu.  Amat sedih apabila melihat imej perajurit kita yang gugur melalui laman2 sesawang sehingga membuak2 perasaan tekad ingin melihat keadilan ditegakkan di bumi Lahad Datu.

Kepada sang celupar yang cuba mengecil2kan insiden di Sabah serta peranan perajurit dan wira polis kita di sana, ingin saya beri amaran bahawa perlakuan ini hatta dengan apa niat sekalipun, tidak sekali2 boleh diterima dan bakal membawa padah kepada pelaku tersebut, bak kata pepatah, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".

Akhir kalam, marilah sekalian Muslimin Melayu Malaysia kita mensedekahkan Al Fatihah kepada roh2 wira kita yang terkorban, semoga ditempatkan AlLah swt mereka ini di kalangan orang Syahidin.


Terima kasih dan WasSalam

About Me

My photo
This blogger believes that time, of all things, is what wealth should be based upon and thus, death should be the best motivation for us to live life to the fullest.