Live Traffic Map

Note

Reproduction of all quotes from this blog is welcomed provided that due credit is attributed to the author.

Saturday, February 21, 2009

Kemelut Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan

Assalamu alaikum para pembaca yang budiman

Situasi pentadbiran negeri Perak kini diumpamakan sebagai telur di hujung tanduk dengan tindakan beberapa binatang politik yang jelas cuba memburukkan lagi kekusutan yang berlaku kesan daripada perubahan kuasa kerajaan negeri yang dipuncakan daripada tindakan keluar parti tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Rakyat.

Apa yang jelas kemelut ini melahirkan rasa kurang senang rakyat lebih2 lagi masyarakat Muslimin Melayu Malaysia yang menjunjung Sultan sebagai pemimpin umat di negara ini. Ini disebabkan perasaan amarah binatang2 politik yang jahil ini melahirkan kebiadaban kepada sistem Raja Berpelembagaan yang belum pernah dilihat di dalam mana2 lipatan sejarah sejak Malaysia merdeka. Kekacauan kepada keamanan yang kian lama dikecapi adalah petanda betapa kejahilan dan kerapuhan iman boleh meranapkan usaha sezaman.

Saya menyeru kepada semua daripada kita yang mengaku cintakan keamanan supaya bertindak menurut lunas undang-undang dan berhenti daripada mengikut emosi yang bukan sahaja memakan diri, bahkan merosakkan negeri seperti yang kini terjadi. Semoga nikmat yang diberikan Tuhan tidak ditarik balik setelah kita insaf dan belajar daripada kesalahan silam, WalLahu alam.

About Me

My photo
This blogger believes that time, of all things, is what wealth should be based upon and thus, death should be the best motivation for us to live life to the fullest.